Hello, and welcome to saupixahmad Photography blog!

I proudly welcome blog stalkers and even you blog lurkers, too. If it's your first time visiting, enjoy your time here and please come by again. I always up to new things and I would love to share them with you. If you're a regular. welcome back!

Here are a quick notes about navigating this blog:
    - New posts will appear at least three times a week and will feature weddings, portraits, and personal or photography-related randomness.
    - You can use the "category" buttons above to filter the posts (i.e. "weddings" if you're most interested in seeing lots of different wedding photographs).
    - Click here to subscribe to the rss feed of this blog so you can be notified each time it is updated.

Feel free to leave your thoughts and comments. Thanks for checking in and for visiting my blog! :)


saupix kacak

Benar, tidak ada sebarang perubahan yang mampu dilakukan tanpa menempuh cabaran. Ingin ‘berubah’ atau menuntut ‘perubahan’ dalam hidup beerti mencipta ujian. Inilah ujian dan cabaran yang telah menewaskan ramai jiwa yang pernah mendabik dada mengaku bahawa dialah jaguh.

Aku pernah memandang kehidupan sebagai trek perlumbaan. Beberapa ramai orang mendahuluiku, mereka menjadi yang terawal dan terkehadapan. Akhirnya terbabas dari landasan dan merempuh dinding larangan. Dalam ratusan ataupun ribuan jagoan yang brlari, sudah ramai yang tersungkur. Boleh jadi aku salah seorang di antara mereka.

Boleh jadi aku akan rebah, terbabas mahupun tersungkur, tetapi itu bukan pokoknya. Yang penting, jika aku mahu kehadapan. Aku harus mengubah kelajuan, menambahkan kekuatan pecutan untuk berada di tempat yang terawal. Jika aku rebah, aku tidak akan luntur semangat. Aku akan terus bangkit, berdiri dan bermula kembali. Yang harus aku tanamkan adalah perlumbaan masih berlangsung, sehingga kini aku masih berlari di trek yang sama. Aku tidak ada alasan untuk menarik diri atau beralah. Kecuali aku perlu habiskan perlumbaan yang panjang ini hingga ke garis akhirnya.

Aku akan lakukan jua sesuatu untuk berjaya. Biarpun aku tidak pasti kejayaan itu datang hari ini, esok atau entah bila. Kerana mengharap dan berusaha itu lebih baik daripada melepas batuk di tangga. Mencuba itu lebih baik daripada membiarkan diri hampa tanpa sebarang piala.

“Something is better than nothing”

Oleh itu, berlarilah sekuat hati. Kerana sepanjang kehidupan ini, sekalipun kita berdiam diri… kita sebenarnya tetap bergerak menuju ke garis penamat. Samada kita mahu atau tidak mahu, kehidupan kita akan tetap disudahkan dengan satu titik. Iaitu mati!

===============================================================================

Oh! ya lama betol aku tidak kemas kini blog ini, dan dikesempatan ini aku paparkan sedikit gambar outdoor Huzali. Semoga berbahgia hingga ke akhir hayat bersama pilihan hati saudari Laily. Terima Kasih tak terhingga kerana memberi kerpercayaan untuk menjadi jurugambar korang, tak lupa juga buat kedua dua belah keluarga…semoga berbahgia menyambut menantu dan ahli keluarga baru…

Esok masih ada…
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.

+e-mail: info@saupixahmad.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857


    This post has 11 comments

  1. 11 Mar 10 - 12:04 am - #

    sempoi.. tersendiri.. bro cuns.!!!

  2. 11 Mar 10 - 10:59 am - #

    huh..mamat kacak ni ambik tang mna pun buleh..berbaloi2…yeehuuu….

  3. 11 Mar 10 - 8:25 pm - #

    Keren mas..keren

  4. 14 Mar 10 - 11:59 pm - #

    cun ! yeay…

  5. 15 Mar 10 - 3:19 pm - #

    sopix !!!!
    kenapa comel sgt entry ko ni + lagu yg sgt chicky je aku denga ni hahahaha !!

    btw aku sgt suka gmba ko.. x perlu edit sgt pon da sgt lawa bg aku…good job kawan !!

    paling suka gambar last la..mana datang anak kambing tu weyyy?? alololoo comel !!!!!!!!!!

  6. 15 Mar 10 - 4:41 pm - #

    as always…uve done a great job!

  7. 15 Mar 10 - 5:17 pm - #

    siap ada anak kambing?? haha, cayalah. mmg kreatif. aku suke!

  8. 21 Mar 10 - 12:54 pm - #

    wah ada anak kambing pula. huhu comel idea ini. i like :)

  9. 06 Apr 10 - 10:44 pm - #

    pergghhhhhh…aku nk berguru dgn tuan guru niiii

  10. rosleen
    14 Apr 10 - 4:01 pm - #

    luv ur pics..n ur style also..btw,i’m one of laili’s friend..ala…yg kitorg tangkap gmbar ramai2 tu…yg sampai nk roboh pelamin tu..haha..

  11. 15 Apr 10 - 10:23 am - #

    Rosleen - Oh! thanks singgah blog ini ya! hahaha owh hang dan gang hang la yang bikin pelamin sampai nak roboh! nasib baik pelamin angan Laily tu tak roboh dikerjakan hangpa hahaha :P

Post a comment

Tell me what you're thinking...and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!


Hits since 12-Jan-2009