
Masa depan.. satu andaian yang perlu aku tembak melalui konklusi dari masa kesemasa. Masa depan adalah suatu misteri yang perlu aku sambut dengan kesedian wajar. Masa depan… depan adalah suatu dunia untuk aku dan seluruh manusia perlu corakkan bersama. Andai masa depan ini dirosakkan, maka zuriatku juga dibimbangi akan lahir sebagai manusia yang rosak. Inilah… yang sering aku bimbangkan. Masa depan meminta agar aku meninggalkan apa yang disukai, untuk melaksanakan apa yang patut.
Demi masa depan, aku merasa terpanggil untuk merubahnya. Membawa misi-misi yang perlu digerakkan dari saat ini. Supaya ia tidak akan dicorakkan dengan warna yang salah, kejam dan merugikan. Itulah misi yang merupakan seruan. Seruan yang tidak dapat aku elakkan. Seruan yang membuatkan aku sering lemah dan merasa dhaif. Oh Tuhan… inikah mentera yang sering kau bacakan kepada pecinta-pecintamu? Jika benar, teguhkanlah hatiku! Kuatkanlah pendirianku!
Aku tahu, aku hidup di satu zaman, dimana manusia cintakan individualistik dan menjauhi kesatuan. Aku hidup dalam satu zaman, manusia suka memeluk tubuh dan menyendiri di kepuk angan-angan. Jesteru, aku bukan bayang-bayang hidup di padang lalang. Aku bukan dari masa depan, yang boleh memagar angin dan menghalang sejarah berulang.
Tuntas, aku mahu cipta sebuah ukiran yang bukan merentas sungai masa. Bukan manuskrip kuno yang dipindah dari generasi ke generasi yang lain. Aku mahu karang suatu tulisan yang menitis dari tubir hati tumpah ke kertas kuras ini. Ditulis dari zaman ini, dari abad ini, dari dekat ini dan pengakhiran musim ini. Untuk turut menyeru, memanggil dan melagukan mentera-mentera semangat. Demi mencipta satu masa depan.
Aku tidak tahu samada kalimat-kalimat ini pantas sahaja menyerbu atma-atma yang menatapnya. Sekalipun tanpa suara, tanpa bunyi dan gema yang menyapa. Yang pasti, aku ingin segera memberitahu bahawa dunia hari ini sangat memerlukan tenaga muda, fikiran dan jiwa mereka yang mandiri, berkarisma, berdikari dan punya jati diri. Mereka ini harus menjadi agen perubah di segenap aspek lapangan. Perubahan yang positif terhadap agama dan negara.

Esok masih ada…
saupix
Photographer | designer
Penang, Malaysia.
+e-mail: info@saupixahmad.com
+yahoo/msn ID: saupix
+hp: [6] 012.432.6857
Tell me what you're thinking...and oh, if you want a pic to show with your comment, go get a gravatar!
This post has 20 comments
happy bithday bro!!! moga pnjang umo n pnjang segala-galanya!!!…weyhhhh..gmbq hang!!!!!!! sgt teruja!!!! sangat2 santek!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
happy bufday..smoga pjg umur n dimurahkan rezekinya …AMIN
La…baru 26 tahun ka….Neway color tone yg cukup menarik
superb colour, nicely captured..
hepi bday!
hepi besday bro…
happy birthday saupix…. moga terus encem dlm bergambar… congrat!
wah.. sempoi punya gambaq..
& hepi besday sayg……..
cabuttt..
Lor. . .hg pon sambut besday gak ker?aku ingat azrie sorang ja bln nie.takpe la pix..hepi besday,smg panjang umur n dimurahkan rezki yg berokah..”Kullu A’mm Wa antum Bikhair…”amien
hepy belated besday bro..smoge success slalu..
epy brthday to saupix…may allah blessing u…dah besau daaa…
comei gambar anak burung tu??
Chantekknya gambau!! Dan kreatif juga! Best..best!
Happy belated Bday Saupix!
Sanah helwah saupix
baru..26 thn???? muda lagi…
selamat hari jadi bro…lam aku tak singgah sinie..editing mantoooppp..
whooaa..selamat hari lahir ya bro. semoga yg baik2 saje untuk kamu.
hi saupix
hepi besday. slmt pnjg umur n murah rezeki
selamat hari lahir yang ke 26 saupix!
beb, aku sangat suka baca ayat2 kau di entry ini! indahnya bahasa! hahah! I LIKE!!
dulu aku suka gambar saupix saje..skang aku suka gambar + penulisan kau sama! hahahah..teruskan!! aku sentiasa menyokong wehh!!!…uuu…
nak tambah lagi..mana kau dapat pic anak burung tu weh?alololo..comel giler..panjat pokok apa? hehe…comel gila sepasang!!
saufie semua pic ko magical..u hv the legacy of genetic Yasmin Ahmad..